Ahlan wa Sahlan
AHLAN WASAHLAN KE BLOG JABATAN DAKWAH DAN PENGURUSAN KUIS
Rabu, 8 Mei 2013
SEJARAH JABATAN DAKWAH DAN PENGURUSAN AKADEMI ISLAM
Jabatan Dakwah dan Pengurusan, yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Dakwah, ditubuhkan pada tahun 1998. Ia merupakan jabatan yang kelima ditubuhkan di Sekolah Pengajian Islam (SPI) Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) Shah Alam. Di awal penubuhannya, jabatan ini menawarkan program Diploma Pengajian Islam (Dakwah) pada sesi I tahun akademik 1998/1999 dengan kumpulan pertama pelajar yang berjumlah seramai 25 orang. Dari segi tenaga akademik, pada mulanya Jabatan ini mempunyai seramai tiga orang sahaja termasuklah seorang Ketua Jabatan. Pada tahun 2006 Jabatan ini melalui proses penjenamaan bagi memperkasakan program dan kursus-kursus yang ditawarkan serta menyediakan keperluan intelek dan tenaga kerja ummah, jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Dakwah dan Pengurusan. Sejajar dengan kepesatan perkembangan KUIS sebagai institusi pengajian tinggi swasta yang berdaya saing, pada tahun 2010 jabatan ini menawarkan program baharu di peringkat ijazah sarjana muda, iaitu Ijazah Sarjana Muda Dakwah dengan Pengurusan Sumber Insan (kepujian).
Pentadbiran jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan 10 orang kakitangan akademik(2 cuti belajar). Kursus-kursus yang ditawarkan merangkumi cabang-cabang ilmu dakwah dan pengurusan, Kursus ini bertujuan melahirkan graduan yang menguasai ilmu Islam secara bersepadu dan menjadi role model dalam perspektif kepimpinan Islam khususnya dari segi sahsiah, akhlak mulia dan amalan serta pengurusan sumber insan. Kesepaduan di antara ilmu naqli (revealed knowledge) dan ilmu aqli (acquired knowledge) dalam kurikulum pengajian Islam yang digubal membuktikan KUIS khusussnya jabatan dakwah mengambil berat generasi dai yang bakal dilahirkan agar mampu mendepani cabaran semasa berpaksikan aqidah dan akhlak yang sempurna.
Isnin, 17 Oktober 2011
PALESTINE THE LAND OF JIHAD
TARIKH :
23 & 24 JUN 2011
TEMPAT :
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
ANJURAN:
PERSATUAN MAHASISWA DAKWAH DAN PENGURUSAN SUMBER INSAN
KERJASAMA DENGAN:
JABATAN DAKWAH DAN PENGURUSAN, PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI ISLAM DAN AQSA SYARIF
OBJEKTIF PROGRAM
1) Merasakan kebersamaan penderitaan rakyat Palestin.
2) Meningkatkan kesedaran umum dalam kalangan mahasiswa.
3) Menyatukan hati dan tindakan warga KUIS.
4) Meningkatkan ketakwaan dalam diri terhadap Allah S.W.T.

FORUM PERANAN MAHASISWA DALAM BERDAKWAH
TARIKH : 21 JULAI 2011
TEMPAT : MASJID AL-AZHAR KUIS
TEMA : JOM KE MASJID
OBJEKTIF
-MEMBINBICANGKAN PERANAN MAHASISWA DALAM MASYARAKAT
-KEPENTINGAN BERDAKWAH.

PROGRAM KHIDMAT KEMASYARAKATAN BERSAMA WARGA EMAS RSK SEREMBAN
TARIKH : 29-30 JULAI 2011
TEMPAT :Rumah Seri Kenangan, Seremban, Negeri Sembilan
MATLAMAT
Mengeratkan silaturahim di antara pelajar- pelajar dan warga di Rumah Seri Kenangan, Seremban. Di samping itu dapat memberi sedikit pengalaman untuk berbakti kepada masyarakat. Selain itu, memupuk nilai – nilai murni kepada pelajar-pelajar KUIS.
OBJEKTIF
Melahirkan mahasiswa KUIS yang menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Mengeratkan hubungan dua hala dalam menjana kesepaduan ummah.
Mengerat hubungan silaturrahim antara pelajar KUIS dan masyarakat.
TEMA
“ Masih ada yang sayang ”

ziarah ukhwah UDG MAIS-J.DAKWAH KUIS
Tarikh : 16/6/2011
Masa : 10 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Akademi Islam
Masa : 10 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Akademi Islam
Ahad, 9 Oktober 2011
Menuju Menara Gading
oleh Dr Zulkefli Hj Aini
Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang menisbahkan dirinya kepada Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merasa terpanggil untuk memuhasabah diri apakah insan yang berada di dalam institusi ini benar-benar menghayati Islam dalam erti kata yang sebenar. Dengan rasa insaf dan kenal diri, insan KUIS juga bertanya pada diri sendiri adakah KUIS benar-benar menunaikan amanah pendidikan Islam yang sebenar apabila KUIS dikenali sebagai Kolej Universiti. Jika begitu nama dan sifatnya IPT apakah yang melambangkan ketinggian sesebuah IPT? Justeru, KUIS berpandangan perlu dilihat kembali konsep dan gagasan pendidikan Islam sebenar seperti yang telah dibincangkan dan dirumuskan olej para ilmuan dan sarjana muslim di dalam First World Conference on Muslim Education yang berlangsung di Makkah al-Mukarramah pada tahun 1399H bersamaan tahun 1977. Antara perkara yang perlu diambil perhatian dalam Persidangan tersebut ialah penekanan tentang tujuan pendidikan Islam. Tujuan pendidikan Islam ialah untuk menciptakan insan yang baik dan soleh yang tugas hakikinya adalah pengabdian kepada Allah s.w.t. dalam erti kata yang sebenar serta membina struktur kehidupan di dunia ini mengikut acuan Syariah. Melalui pendidikanlah, insan dapat mengembalikan dan menzahirkan fitrah dirinya melalui konsep adab dan ta’dib. Oleh itu, KUIS berazam menjadikan insan KUIS sebagai insan beradab atau insan ta’dibi yang dalam erti kata insan yang bijaksana meletakkan sesuatu yang betul di tempat yang betul. KUIS juga bertekad membina insannya (terutama pelajar) menjadi manusia terpelajar (atau apa yang KUIS istilahkan sebagai student is our learner) yang insaf sepenuhnya tanggungjawab dirinya kepada Penciptanya, menunaikan keadilan dan tanggungjawabnya kepada dirinya dan ahli-ahli masyarakat lain seperti ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan serta kepada alam sekelilingnya. KUIS percaya bahawa proses adab dan ta’dib boleh dilakukan melalui dua pendekatan, iaitu ta’dib pemikiran dan ta’dib persekitaran.
Ta’dib pemikiran diterjemahkan melalui penganjuran siri-siri wacana, bicara dan diskusi yang berkaitan dengan makna dan maksud ta’dib. Justeru, KUIS telah mengadakan Wacana Ta’dib yang membincangkan beberapa persoalan penting dalam ta’dib seperti faham al-Din, faham insan dan faham ilmu. Di samping itu, perkara-perkara yang berkaitan dengan adab kepada Allah, adab kepada Rasul, adab kepada diri sendiri, adab kepada guru, adab kepada masyarakat, adab kepada bahasa dan adab kepada alam sekitar juga dibincangkan sebagai suatu usaha pencerahan kepada konsep ta’dib yang mahu dititipkan dalam pemikiran insan KUIS.
KUIS memberi perhatian serius tentang Ta’dib persekitaran dalam proses pendidikan. KUIS percaya pendidikan bermula apabila insan melangkahkan kaki ke pintu gerbang atau pintu utama KUIS. Dengan kata lain, pendidikan tidak hanya bermula di dalam dewan kuliah, bilik seminar dan bilik tutorial semata-mata. Dengan menjadikan masjid sebagai nadi dan jantung (al-qalb) kecemerlangan insan, KUIS berazam menjadikan solat sebagai salah satu komponen dalam kurikulum pengajiannya. Ini kerana KUIS berpandangan, masjid di IPT bukan sifatnya seperti masjid yang difahami oleh kebanyakan masyarakat yang bersifat ritual dalam erti kata yang sempit dan ceremonial (sekadar penganjuran majlis sempena hari kebesaran Islam yang bersifat rasmi). Inilah tekad KUIS untuk mengejar status Ta’dib University (TU), di kala IPT lain mengejar status Research University (RU), yang menyediakan program pengajian dalam erti kata kurikulum pengajian yang melambangkan maksud dan erti pendidikan Islam yang sebenar dan juga persekitaran yang menyokong pembentukan ta’dib insan. Insan itu pula adalah insan yang boleh hidup dalam keadaan insan ta’dibi atau insan beradab. KUIS dengan sedar diri inilah niche perbezaan KUIS yang menjadi kekuatan untuk memacu kecemerlangan dan menterjemahkan konsep al-falah di dunia dan di akhirat. KUIS memohon kekuatan daripada Pencipta yang Maha Agung untuk merealisasikan gagasan Universiti Ta’dib. Mudah-mudahan masyarakat berbondong-bondong datang ke KUIS dalam erti melihat KUIS sebagai A Sought-After University; Not A Left-Over Choice.

Rabu, 6 Julai 2011
renungan bersama
Di susun oleh.U.Safinah Ismail
Abu Bakar bin Abdullah Muazim: 3 orang yang dicintai Allah SWT ialah:
Orang yang sedikit tidur
Orang yang sedikit makan
Orang yg sedikit kesenangan
Sebahagian sifat muslim sejati adalah meninggalkan sesuatu yg tak di kehendaki agamanya.(riwayat al-tirmizi)
SELAMAT TINGGAL 3 L
LELAH
LEMAH
LETIH
JANGAN KECEWA PADA SEPARUH MASA PERTAMA,TUMPUKAN KEMENANGAN PADA SEPARUH MASA KE2.
ANDA SENDIRI YANG MENENTUKAN APA KEJAYAAN YANG ANDA HENDAK CAPAI.

Langgan:
Catatan (Atom)