Ahlan wa Sahlan

AHLAN WASAHLAN KE BLOG JABATAN DAKWAH DAN PENGURUSAN KUIS



Rabu, 8 Mei 2013

SEJARAH JABATAN DAKWAH DAN PENGURUSAN AKADEMI ISLAM

Jabatan Dakwah dan Pengurusan, yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Dakwah, ditubuhkan pada tahun 1998. Ia merupakan jabatan yang kelima ditubuhkan di Sekolah Pengajian Islam (SPI) Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) Shah Alam. Di awal penubuhannya, jabatan ini menawarkan program Diploma Pengajian Islam (Dakwah) pada sesi I tahun akademik 1998/1999 dengan kumpulan pertama pelajar yang berjumlah seramai 25 orang. Dari segi tenaga akademik, pada mulanya Jabatan ini mempunyai seramai tiga orang sahaja termasuklah seorang Ketua Jabatan. Pada tahun 2006 Jabatan ini melalui proses penjenamaan bagi memperkasakan program dan kursus-kursus yang ditawarkan serta menyediakan keperluan intelek dan tenaga kerja ummah, jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Dakwah dan Pengurusan. Sejajar dengan kepesatan perkembangan KUIS sebagai institusi pengajian tinggi swasta yang berdaya saing, pada tahun 2010 jabatan ini menawarkan program baharu di peringkat ijazah sarjana muda, iaitu Ijazah Sarjana Muda Dakwah dengan Pengurusan Sumber Insan (kepujian). Pentadbiran jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan 10 orang kakitangan akademik(2 cuti belajar). Kursus-kursus yang ditawarkan merangkumi cabang-cabang ilmu dakwah dan pengurusan, Kursus ini bertujuan melahirkan graduan yang menguasai ilmu Islam secara bersepadu dan menjadi role model dalam perspektif kepimpinan Islam khususnya dari segi sahsiah, akhlak mulia dan amalan serta pengurusan sumber insan. Kesepaduan di antara ilmu naqli (revealed knowledge) dan ilmu aqli (acquired knowledge) dalam kurikulum pengajian Islam yang digubal membuktikan KUIS khusussnya jabatan dakwah mengambil berat generasi dai yang bakal dilahirkan agar mampu mendepani cabaran semasa berpaksikan aqidah dan akhlak yang sempurna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan